Terima kasih atas kunjungan anda. Di sini kami menjual pelbagai jenis gewang dari jepun, terutamanya gewang terpakai. Jika gewang yang anda ingini tiada di dalam senarai di sini, sila maklumkan kami. Pelbagai eksesori kecil juga dijual jika ada permintaan.
Perniagaan dilakukan secara sambilan sambil bekerja dan melakukan tugasan-tugasan harian yang lain. Ada masanya kami tidak dapat membalas mesej/email dan mencari barang-barang yang dihajati secepat yang diharapkan. Harap maklum.
KPA mula beroperasi semenjak Jun 2006 di MFN Forum, atas permintaan Jifat ( abang Akapiman ) dan rakan-rakannya. Berkat sokongan dan sambutan dari ramai pemancing di Malaysia, perniagaan kami dapat diteruskan hingga ke hari ini. Seribu penghargaan untuk semua yang pernah dan sentiasa berurusan dengan kami.Sebahagian keuntungan akan dipulangkan kepada Pelanggan dalam bentuk hadiah-hadiah pertandingan yang sedang berlangsung dan yang bakal dirancang. Pada 15 Disember 2007, Pertandingan Memancing telah diadakan khas untuk pelanggan-pelanggan kami. Jika ada peluang pertandingan seumpamanya akan diadakan lagi dimasa akan datang.
